Kimia Interaktif



Kesukaran pelajar untuk memahami subjek Kimia mungkin kerana kurangnya pendedahan amali dan praktikal di makmal sekolah dan kesulitan pelajar untuk membayangkan reaksi tindakbalas kimia yang berlaku. Kebiasaannya pembelajaran hanya berteraskan teks dihalaman setiap helaian yang setebal beratus-ratus muka surat untuk dibaca pasti membuatkan kebanyakkan pelajar langsung tidak minat membacanya apatah lagi untuk memahaminya dan membuat latihan.

Oleh itu, pelbagai research telah dijalankan oleh beberapa kumpulan pensyarah dan penyelidik daripada UPM, UPSI, UKM, MMU dan banyak lagi institut pendidikan berkenaan hubungankait pemahaman kimia melalui modul multimedia kimia secara interaktif.

Pembinaan modul multimedia interaktif dengan ejen pedagogi (IMMPA) dalam pembelajaran elektrokimia
By: Lee Tien Tien, Kamisah Osman
Modul multimedia interaktif tingkatan empat (sains): ikatan kimia
By: Muhd Hanifuddin Abd Halim (2005)
Penggunaan modul multimedia dalam pengajaran ikatan kimia di kalangan pelajar aliran sains tingkatan empat
By: Toh, Fong Yee (2005)
Penggunaan perisian multimedia dalam pelajaran struktur atom: kimia tingkatan 4 di dua buah sekolah di daerah Bachok
By: Siti Sarah Saifullah (2005)
Perisian interaktif multimedia dalam konsep stereokimia
By: Siti Hajar Che Abd Rahman (2005)
Penggunaan bahan multimedia dalam topik elektrolisis di kalangan pelajar tingkatan empat
By: Yip, Yin Leng (2005)
Modul Multimedia Interaktif Ikatan Kimia
By: Sarah, Ahmad and Azlan, Nafiah (2005)
Pembinaan dan keberkesanan penggunaan perisian multimedia elektrokimua dalam pengajaran dan pembelajaran kimia tingkatan 4
By: Hasnira Embong (2005)
Keberkesanan modul multimedia kimia organik
By: Othman Talib, Saripah Salbiah, Asmahani Suhairun, Salihan Siais


Menurut KPM(1997), Sekolah Bestari menggunakan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi di samping menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat.

Strategi Sekolah Bestari ialah mengoptimumkan penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, serta dalam pentadbiran dan pengurusan. Penggunaan teknologi multimedia dalam bentuk perisian multimedia interaktif sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aplikasi teknologi komputer yang digunakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari secara tidak  langsung telah mencabar pereka bentuk perisian, termasuk para pendidik untuk turut serta dalam usaha menggabungkan pelbagai unsur multimedia bagi membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar.  Seterusnya, penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan diharapkan dapat meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran dan mengatasi kepincangan corak pengajaran tradisional (Abd Rahim, 2001).

Sebuah projek flash mengenai eksperimen-eksperimen Kimia telah didevelopkan oleh saya untuk kemudahan guru-guru dan kefahaman pelajar. Sebenarnya pelajar lebih mudah faham untuk apa yang dilihat dan sentuh berbanding daripada apa yang dibaca. Mungkin untuk sentuh peralatan radas sebenar memerlukan masa, kos berbanding paparan simulasi multimedia interaktif. Malah penggunaan komputer, laptop, tablet dan telefon mudah alih menjadikan pelajar boleh bawa kemana saja bahan pembelajaran interaktif sebegini.Mungkin pelajar masa kini leka dengan apps sosial media yang melekakan seperti FB, WA, WC, IG dan sebagainya maka apa kata kita gantikannya dengan Apps berbentuk ilmiah

Sebagai contoh dalam subjek Kimia topik 7 berkenaan Asid dan Bes, saya menyediakan model interaktif mengikut subtopik iaitu

7.1 Peranan air bagi menunjukkan sifat keasidan.
7.2 Peranan air bagi menunjukan sifat alkali
7.3 Tindakbalas kimia bagi Asid
7.6 Pentitratan Asid-Bes

Saya yakin dengan adanya modul interaktif sebegini serba sedikit menarik minat pelajar dan memudahkan kefahaman pelajar. Sila lihat video demo dibawah :











No comments

No comments :

Post a Comment