Hai, saya Cikgu Maaz!

Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya
Di blog ini saya kongsikan segala inovasi dan rekacipta saya
Technology + Education + Creativity -> Awesome!


Kini, saya baru develop satu apps interaktif Kimia Tingkatan 4 untuk tajuk Garam (Salts). Topik ini memerlukan pemahaman yang sangat tinggi dimana pelajar sukar mengingat hasil tindakbalas kimia untuk penentuan kation atau anion sesuatu sebatian garam.

Berikut adalah gambarajah bagi penentuan kation






Ini pula bagi menentukan anion


Kini dengan menggunakan apps pelajar mudah mengulangkaji dan membuat eksperimen sendiri melalui pelbagai platform Android, iPhone, dan Desktop Windows

Apps tersebut run melalui desktop Windows, Smartphone dan Tab.
Simulasi yang menarik dan interaktif

Mudah dan menjimatkan masa




Walaubagaimanapun apps ini  masih dalam proses upgrade lagi. Dan masih banyak RnD perlu dibuat sebelum ianya dipasarkan di Google Play dan Appstore untuk pasaran tempatan dan international.







Apps Kimia F4 : Salts


Salah satu koleksi hasil kerja saya pada tahun 2002 adalah sebuah mini game adventure point-n-click. Pada ketika itu saya masih sekolah menengah. Hanya menggunakan mspaint dan bahasa pengaturcaraan basic dapat saya hasilkan game ini. Anda boleh download game ini disini kemudian extract.






Game Budak Sekolah



Kesukaran pelajar untuk memahami subjek Kimia mungkin kerana kurangnya pendedahan amali dan praktikal di makmal sekolah dan kesulitan pelajar untuk membayangkan reaksi tindakbalas kimia yang berlaku. Kebiasaannya pembelajaran hanya berteraskan teks dihalaman setiap helaian yang setebal beratus-ratus muka surat untuk dibaca pasti membuatkan kebanyakkan pelajar langsung tidak minat membacanya apatah lagi untuk memahaminya dan membuat latihan.

Oleh itu, pelbagai research telah dijalankan oleh beberapa kumpulan pensyarah dan penyelidik daripada UPM, UPSI, UKM, MMU dan banyak lagi institut pendidikan berkenaan hubungankait pemahaman kimia melalui modul multimedia kimia secara interaktif.

Pembinaan modul multimedia interaktif dengan ejen pedagogi (IMMPA) dalam pembelajaran elektrokimia
By: Lee Tien Tien, Kamisah Osman
Modul multimedia interaktif tingkatan empat (sains): ikatan kimia
By: Muhd Hanifuddin Abd Halim (2005)
Penggunaan modul multimedia dalam pengajaran ikatan kimia di kalangan pelajar aliran sains tingkatan empat
By: Toh, Fong Yee (2005)
Penggunaan perisian multimedia dalam pelajaran struktur atom: kimia tingkatan 4 di dua buah sekolah di daerah Bachok
By: Siti Sarah Saifullah (2005)
Perisian interaktif multimedia dalam konsep stereokimia
By: Siti Hajar Che Abd Rahman (2005)
Penggunaan bahan multimedia dalam topik elektrolisis di kalangan pelajar tingkatan empat
By: Yip, Yin Leng (2005)
Modul Multimedia Interaktif Ikatan Kimia
By: Sarah, Ahmad and Azlan, Nafiah (2005)
Pembinaan dan keberkesanan penggunaan perisian multimedia elektrokimua dalam pengajaran dan pembelajaran kimia tingkatan 4
By: Hasnira Embong (2005)
Keberkesanan modul multimedia kimia organik
By: Othman Talib, Saripah Salbiah, Asmahani Suhairun, Salihan Siais


Menurut KPM(1997), Sekolah Bestari menggunakan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi di samping menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat.

Strategi Sekolah Bestari ialah mengoptimumkan penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, serta dalam pentadbiran dan pengurusan. Penggunaan teknologi multimedia dalam bentuk perisian multimedia interaktif sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aplikasi teknologi komputer yang digunakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari secara tidak  langsung telah mencabar pereka bentuk perisian, termasuk para pendidik untuk turut serta dalam usaha menggabungkan pelbagai unsur multimedia bagi membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar.  Seterusnya, penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan diharapkan dapat meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran dan mengatasi kepincangan corak pengajaran tradisional (Abd Rahim, 2001).

Sebuah projek flash mengenai eksperimen-eksperimen Kimia telah didevelopkan oleh saya untuk kemudahan guru-guru dan kefahaman pelajar. Sebenarnya pelajar lebih mudah faham untuk apa yang dilihat dan sentuh berbanding daripada apa yang dibaca. Mungkin untuk sentuh peralatan radas sebenar memerlukan masa, kos berbanding paparan simulasi multimedia interaktif. Malah penggunaan komputer, laptop, tablet dan telefon mudah alih menjadikan pelajar boleh bawa kemana saja bahan pembelajaran interaktif sebegini.Mungkin pelajar masa kini leka dengan apps sosial media yang melekakan seperti FB, WA, WC, IG dan sebagainya maka apa kata kita gantikannya dengan Apps berbentuk ilmiah

Sebagai contoh dalam subjek Kimia topik 7 berkenaan Asid dan Bes, saya menyediakan model interaktif mengikut subtopik iaitu

7.1 Peranan air bagi menunjukkan sifat keasidan.
7.2 Peranan air bagi menunjukan sifat alkali
7.3 Tindakbalas kimia bagi Asid
7.6 Pentitratan Asid-Bes

Saya yakin dengan adanya modul interaktif sebegini serba sedikit menarik minat pelajar dan memudahkan kefahaman pelajar. Sila lihat video demo dibawah :











Kimia Interaktif

Apps ini adalah lanjutan kepada Apps Addmath F4 dimana apps ini akan cover topik² tingkatan 5 berdasarkan silibus terkini. Apps ini mampu menyelesaikan masalah² matematik tambahan yang sukar dan mencabar.

Topic 1 : Progression

Topic 2 : Linear Law


Topic 8 : Probability Distribution

Topic 10 : Linear Programming





Apps Addmath F5

Apps Addmath F4 dapat menyelesaikan mana² soalan dan masalah. Dicipta berdasarkan standard kurikulum subjek Matematik Tambahan Tingkatan 4. Pelajar boleh memplot graf, mengira punca-punca untuk kuadratik, melakar ketaksamaan kuadratik, mencari titik maksima/minima, mengira pembezaan, dan banyak lagi. Apps ini sesuai untuk pelajar dan guru sebagai rujukan dan untuk menyemak jawapan dengan mudah dan pantas. Pembelian apps ini akan sertakan ebook buku teks sejarah dan video tutorial matematik tambahan berdurasi lebih 20jam. Kini anda boleh mempelajari matematik tambahan di mana jua.













Klik untuk tumbesaran maksima !

Apps Addmath F4

Sebuah aplikasi yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah pengiraan kimia seperti formula kimia, formula empirik, formula molekul dan keseimbangan persamaan kimia. Selain itu ia juga mampu menyelesaikan masalah² dalam menentukan hasil di anod dan katod untuk eletrolisis dan sel kimia. Pengguna juga berpeluang menyusun sendiri atom-atom hydrocarbon melalui simulasi dan apps ini akan menamakan mengikut IUPAC secara automatik. Walaubagaimanapun apps ini masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya lagi. Insyallah saya akan sediakan video preview apps ini.








Apps Kimia F4 & F5